Wednesday, January 12, 2011

:: Gagal merancang,Merancang Kegagalan ::


Selesai sudah peperiksaan 'dunia'. Masing-masing menghembus nafas lega setelah penat 'berperang'. Cuti semester tiba lagi. Hari ini dapat duit tajaan. Cuaca best pulak tu. Alhamdulillah. Wah,terkadang kita sebagai hamba lupa betapa banyak nikmat-nikmat yang telah Tuhannya curahkan.Benarlah,bukan mudah tuk bernafas dalam jiwa hamba!

Cuti?  Haa..ini lagi satu nikmat yang Dia kurniakan,andai kita bijak mengisinya.Apa yang anda nak buat cuti ni? Tidur dalam gulungan lihaf? Masak-memasak di dapur? Jaulah makam-makam sahabat? Khatam Quran? Melancong? Menonton laptop? Err~!

" Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain) " [ Asy-Syarh 94: 7]

 Cuti dan waktu lapang hanya datang sekali-sekala. Maka,rancanglah ia dengan baik dan teliti. Agar tidak menyesal di kemudian hari.Tiada lagi alasan itu-ini.Moga setiap hari,mampu beri erti pada diri. Waktu cuti juga,adalah waktu emas bagi kita. Inilah masanya kita nak kutip 'extra point' yang kita tertinggal di hari-hari sibuk berkuliah. Aik?Apakah?! Ya,ambil peluang waktu cuti untuk menambah 'pointer-pointer' amalan kita. Jika sebelum ini,kita terlalu sibuk ke kelas dan kuliah. Maka,cuti ini ambillah peluang untuk bersama-sama berukhwah dengan teman-teman kita. Macam-macam boleh kita lakukan. Masak bersama,makan bersama,solat bersama,bersantai bersama, hatta menonton cerekarama bersama! Apakah yang kalian fikirkan? Itu semua bukanlah sia-sia jika kita sertakan niat yang ikhlas kerana-NYA.Kalian heboh melaungkan " hayati kulluha lillah~! ". Maka praktikkannya! Zahirkan iman dalam kehidupan,praktikkan melalui tindakan serta amalan.

 [ 10 Peribadi Muslim ]

munazzom fi syuunihi - tersusun dalam urusannya

Rancanglah~! Merancang itu penting dalam kehidupan setiap muslim. Salah satu sifat peribadi muslim juga ialah tersusun dalam urusannya.Bagaiman dengan anda? Bak kata M.Nasir; gagal merancang itu umpama merancang kegagalan.Pastikan juga perancangan anda tidak lari dari landasan ibadah seorang hamba.Fikir sebaiknya,minta dari Yang Maha Pengurnia.Melancong,memasak,membaca novel,bersukan,apa-apa saja yang kita lakukan untuk cuti ini. Jangan pernah lupa titipkan niat,barulah tindakan dan amalan kita lebih bermakna.Selamat merancang dan bercuti dengan penuh makna! Moga segala aktiviti percutian anda bernilai ibadah~! InsyaAllah.




No comments:

Post a Comment