Tuesday, January 11, 2011

:: Dengan Nama Mu. ::

si x : kenapa ber'blog'?
aku : untuk dekat dengan-NYA.
si x : hmmm??!  *____*

 " Kamu merancang, dan ALLAH merancang, tetapi ALLAH jugalah sebaik-baik perancang  "“

Alhamdulillah. Akhirnya terlaksana juga antara cita-cita kecil aku.Aku bukanlah orang yang bijak menyusun kata. Apatah lagi handal berkarya.  Tapi,mengapa kita terus mengalah dan berlengah-lengah? Gunakan apa yang kita ada,di mana-mana,bila-bila masa saja untuk agamaNYA. Kerana apa? – Apa yang kita tulis, kongsikan, berikan coretan, lakukan dan sebagainya akan dinilai dan dilihat oleh Allah SWT. Begitu juga impian aku. Moga aku terus akan menyumbang sesuatu untuk agamaku. Ameen.

Menulis bukan suka-suka. Ada mesej yang mahu dikongsi dan dicerita. Sebagai wadah,ingatan untuk anda dan aku terutamanya. Moga penulisan yang tak seberapa,dari hamba yang hina ini mampu dikongsi bersama dan akan membawa kita menuju jalan-jalan yang mendekatkan kita kepada Allah SWT.InsyaAllah.

 “ Setiap yang bernyawa akan merasakan kematian. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.”  [Ali Imran, 3:185]

Ya Rabb,kuatkan langkahku, istiqamahkan daku dalam penulisan, sukses dalam pelajaran dan tabah melalui perjalanan kehidupan. Moga Tuhan permudahkan segalanya. Ayuh teman,duduk sejenak mengoreksi diri dan terus bergerak ke arah-NYA.

 Salim bin Abdullah pernah mengirimkan tausiyah kepada saudaranya tercinta; khalifah Umar bin Abdul Aziz. Isinya: “Ketahuilah bahwa pertolongan Allah yang diberikan kepada hamba tergantung pada kadar niatnya. Bila ia sempurna, maka pertolongan Allah itu akan sempurna. Bila ia berkurang, maka kadar pertolongan itu akan berkurang.”

-- Dengan nama Mu, aku merasmikan perjalanan penulisanku. --

p/s : moga soalan si x terjawab.sekian.

No comments:

Post a Comment